Friday, 9 December 2011





Konsep Darab


OPERASI DARAB


            PROSES PENDARABAN MERUPAKAN OPERASI YANG PENTING DAN MEMPUNYAI KAITAN YANG RAPAT DENGAN OPERASI TAMBAH. PENDARABAN SEBENARNYA ADALAH PENAMBAHAN SESUATU ANGKA YANG SAMA BERULANG- ULANG.

CONTOH: NOMBOR 8 DICAMPUR SEBANYAK 4 KALI INI BOLEH DITULIS: 8 + 8 + 8 + 8 = 32
                                 ATAU
                                : 8 x 4 = 32

       SIFIR ADALAH SALAH SATU CARA UNTUK MEMUDAHKAN KITA MENGINGATI JUMLAH HASIL DARAB SESUATU NOMBOR. WALAUPUN SIFIR MEMBANTU KITA MENYELESAIKAN MASALAH BERKAITAN PENDARABAN, KONSEP UTAMA PROSES PENDARABAN PERLU SENTIASA DIINGATI BAGI MEMBANTU KEFAHAMAN UNTUK PENYELESAIAN MASALAH YANG LEBIH RUMIT.

       UNTUK PENGUASAAN KEMAHIRAN MENDARAB, SIFIR YANG PERLU DIINGAT ADALAH SIFIR 1 HINGGA 9 BAGI HASIL DARAB UNTUK NOMBOR YANG LEBIH BESAR KEMAHIRAN, PENDARABAN PERLU DIKUASAI DENGAN BAIK.


PERLU DIINGAT: 1x10= 10
                           10x10=100
                         10x100=1000
                       100x100=10000
                   1000x1000=1,00000   

Sifir 9

laticce multiplication

Sifir 7

Cara MudahMengira Darab

LAGU SIFIR 2

Sifir 8

MAHIR SIFIR CARA PANTAS 3

MAHIR SIFIR CARA PANTAS 2

MAHIR SIFIR CARA PANTAS 1

Kuasai Sifir Dalam Masa 1 Jam

Cara MudahMengira Darab

Key Skills - Numeracy (6, 7, 8 and 9 times tables)

Tuesday, 25 October 2011

Kreativiti Dan Inovasi dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Tahun2

Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah memutuskan bahawa pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di semua sekolah akan tamat pada penghujung sesi persekolahan tahun 2011. Mulai tahun 2012 kedua-dua mata pelajaran tersebut akan diajar dalam Bahasa Melayu di Tahun 4 dan Tingkatan 4. Sehubungan dengan itu, Modul Pemantapan Pedagogi Guru Sains dan Matematik (Kreativiti Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran) dibangunkan adalah untuk panduan kepada guru-guru sains dan matematik terutamanya dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran berfokuskan kepada elemen kreativiti yang memberikan pradigma baru kepada kurikulum dan ia amat sesuai dengan perkembangan semasa dunia yang semakin kompetitif.